Salah satu hajat pihak MUSCOM 11/12 adalah untuk menjejakkan kaki ke Sabah dengan mengadakan satu program kebajikan, seperti mana yang telah dijayakan oleh MUSCOM Batch 9 melalui program mereka ‘Bakti Kenyalang’ yang diadakan di Sarawak. Malangnya, hajat kami tidak kesampaian atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan (takde jodoh…nak buat camne…redhalah dengan ketentuan Allah…rezeki dah ditetapkan kat tempat lain la katekan…) Walaupun begitu, kami masih lagi ingin mencapai hajat tersebut (without the ‘menjejakkan kaki ke Sabah’ part).
Jadi, pada tanggal 29 Oktober 2011 / 2 Zulhijjah 1432H, Sabtu lalu, pihak MUSCOM telah menganjurkan satu program kebajikan dengan kerjasama Pusat Kebajikan Ehsan As-Syakur, iaitu As-Syakur Charity Outreach 2011!!! Seramai lebih 80 orang jumlah pelajar KY dan anak-anak dari PEKEAS yang menyertai program tersebut. Apa yang menarik bagi program kali ini ialah kami telah mengadakannya di Zoo Negara dari pagi hingga petang. Disebabkan hujung minggu lalu ‘long weekend’, pelajar yang tinggal berdekatan dengan Zoo Negara turut serta dalam memeriahkan lagi program ini.
Acara utama bagi program ini ialah ‘ZooHunt’. Alhamdulillah, program kami berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit kekeliruan ketika menjalankan acara tersebut. To be more precise, kami telah menetapkan 7 checkpoints yang terletak di seluruh pelusuk zoo. Peserta hanya perlu melaksanakan 5 tugasan bagi ZooHunt ini. Antaranya termasuklah ‘face-painting’, teka nama binatang, makan pisang dan sebagainya. Kami turut terhibur melihat gelagat adik-adik kecil (dan ‘adik-adik’ besar juga ^.^) yang bertungkus-lumus ingin menyelesaikan tugas-tugas tersebut. Kami juga turut berasa kagum melihat kerjasama mereka walaupun baru sahaja berkenalan.
Selain daripada ZooHunt, kami juga telah mengadakan sitting dan sesi sharing pendek selepas Zohor bagi mengisi masa lapang sebelum pergi menonton ‘Animal Show’. Anak-anak dari PEKEAS telah dibahagikan mengikut usia dan diberikan beberapa soalan-soalan ringkas untuk dibincangkan (sebagai contoh, perbincangan mengenai cita-cita). Ia menarik perhatian kami apabila mendengar respons dari mereka.
Setelah tamat persembahan haiwan yang dianjurkan oleh pihak zoo, kami menghabiskan masa dengan berbual dengan mereka. Di sini , ana ingin berkongsi pengalaman salah seorang dari pelajar KY sendiri di mana salah seorang dari mereka, Alia, pelajar perempuan yang berusia 11 tahun, berbual dengannya:-
Alia: Akak, kalau belajar kat Kolej Yayasan ni kena bayar mahal ke kak?
KY: Emmm…mahal la jugak…
Alia: Habis tuh, kerajaan ada tolong bayarkan tak????
KY: Hmmm…ada…
Alia: Owh…maknanya, contoh kalau kita kena bayar RM1400, kerajaan tolong bayar RM1000, kita bayar lagi RM400…camtu la kak???
KY: Tak juga…kalau adik belajar elok-elok, dapat result bagus, adik tak payah bayar apa-apa pun…kerajaaan yang tolong bayar semua…
Alia: Owh…ye ke kak??? *mata bersinar-sinar*
Itu merupakan petikan dari perbualan mereka. Apa yang buat ana sendiri terfikir adalah mereka masih lagi sekolah rendah tapi sudah mampu berfikir hingga ke tahap kolej (ana sendiri pun tak sampai camtu waktu dulu). Jadi, bersyukurlah dnegan nikmat yang sudah dilimpahkan kepada kita sekarang.
Ketika di majlis penutup (yang dihoskan oleh Amirah Adilah), kami telah menjemput Ustazah Aisyah dan Encik Jamali @Atuk Jamali untuk memberikan sepatah dua kata. Kami turut memberikan goodie bags kepada adik-adik. Selain itu, kami telah memberikan hamper kepada 3 kumpulan yang menang dalam aktiviti ZooHunt.
Walaupun kami hanya berkesempatan untuk meluangkan masa selama sehari sahaja bersama mereka, ia sangat bermakna bagi kami kerana kami berjaya melihat senyuman-senyuman manis yang terukir di wajah mereka. Kami berharap agar kami mampu menjalankan program sedemikian lagi pada masa akan datang ishaAllah~