In the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful…
Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga.
“Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Keadaan kami” (20:29-35)
Saidina Umar mengatakan, “Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya” Malah, Saidina Umar meminta kita ‘berpegang kepadanya’, iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh.(dipetik dari karya I luv islam)
Alhamdulillah tiba giliran saya untuk berkongsi madah dalam blog muscom. Diselami perasaan betapa susah untuk menulis pada kali ini disebabkan saya dipertanggungjawabkan untuk menulis sesuatu menjelang detik terakhir pemergian senior daripada kyuem…

Tiada perkataan lain yang dapat diungkapkan selain perasaan terima kasih yang tidak terhingga kepada senior yang selama ini banyak memberi tunjuk ajar. Tahniah pada diri anda (merujuk kepada senior) yang selama ini tidak jemu melayan kerenah adik-adik junior. Moga-moga dengan ilmu yang telah dikongsi, dengan teladan yang perlu dicontohi, serta dengan gurauan yang melekat di memori,tersenyum hingga nampak gusi menjadi tali yang mengikat ukhuwwah antara kita.
Marilah sejenak kita mengambil pengajaran dari Hadith Qudsi, dari Allah, Pencipta dan Pemilik kasih sayang dan cinta, yang menitipkan kasih sayang antara hati-hati, yang mengekalkan ikatan antaranya, yang memperteguhkan janji ikrar mereka untuk menjadi ‘teman ke syurga’, mencari redhaNya yang Esa, Pemberi Segalanya, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
“CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CintaKu mesti mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKu, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku” (Hadith Qudsi)
Lihatlah betapa Allah menjanjikan cintaNya yang Maha Agung kepada “teman ke syurga”. Besarnya kemuliaan Allah janjikan kepada mereka yang mendasari perhubungan kerana sama-sama mahu mengejar redhaNya, menjadi teman ke syurga lantas dikurniakan teman ke syurga.
And one more thing, don’t forget to visit us whenever you free. For me friendship is the most beautiful thing happened to human being. We all meet some people with whom we never had a kinship, but they become so special in our life that it becomes hard to live without them. Let us see some points we should consider while playing a role in friendship. Many poets have described friendship as one of the most fascinating bond we ever make in our life. It’s the most beautiful thing that happens to us. =)
Akhir sekali, segala kemaafan dipinta jika ada terkasar bahasa, terlanjur bicara, terumpat mana yang tak kena…biasalah menjadi lumrah manusia yang kadang kadang alpa terleka dengan arus dunia. Doa kami junior kepada semua…moga dapat keputusan yang cemerlang untuk As dan A level…(jika itulah yang terbaik untuk kita)..Dan ingatlah Allah telah berfirman…
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu…dan sesungguhnya Allah mengetahui sedang kamu tidak ketahui” (al Baqarah :216)

…Selamat berhijrah pada senior semua…
p/s = mai ghamai2 p surau khamis malam jumaat…MAJLIS WIDA…sudilah spend sedikit masa bersama sama berjemaah maghrib dan isyak di surau, usrah terakhir,video presentation dan yang makan2. =)
from Hamidah@ d.dep