Wednesday, July 08th, 2009 | Author: admin

1. Kelebihan bulan Rejab atas segala bulan

As – Silafi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. berabda :

Ertinya: Kelebihan Rejab atas segala bulan bagaikan kelebihan Al-Quran atas segala zikir; kelebihan Sya’ban atas segala bulan adalah seperti kelebihan Muhammad atas segala para Nabi dan kelebihan Ramadhan atas segala bulan bagaikan kelebihan Allah atas segala hambanya.

Hadith ini adalah Maudhu’

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar : Sanad Hadith thiqah , kecuali Hibatullah As- Saqathi, dialah yang menjadi penyakitnya

Kata As-Sam’ani : Ia mendakwa mendengar hadith dari Syeikh – syeikh yang tidak pernah dilihatnya

Kata Ibnu Nashir : Hibatullah bin Al-Mubarak Al-saqathi ini tidak thiqah dan nyata dustanya

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu’ (Jld 1) – Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 517

2. Kelebihan berpuasa di bulan Rejab

Ibnul-Jauzi menyebutkan dari riwayat Al-Furat bin As-Saib , dari Maimum bin Mahran dari Abu Zarr r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ertinya: Barangsiapa berpuasa sehari dari bulan Rejab disamakan dengan puasa sebulan . Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab nescaya ditutup baginya pintu – pintu Neraka Jahim yang tujuh . Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibukakan bagikan baginya pintu – pintu Syurga yang lapan itu . Barangsiapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab maka Allah menukarkan kejahatan – kejahatannya dengan kebaikan – kebaikan , dan barangsiapa berpuasa lapan belas hari dari bulan Rejab nescaya berserulah seorang penyeru bahawasanya telah diampunkan apa yang telah lalu dan mulakanlah amalan .

Kata Ibnul-Jauzi : Hadith ini tidak sah

Kata Yahya bin Ma’in : Al – Furat bin As-Saib tidak bernilai apa-apa.

Kata Al-Bukhari dan Ad-Daruquthni : Dia adalah matruk

Dalam sanad juga terdapat Risydin Abu Abdullah yang juga seorang yang matruk

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu’ (Jld 1) – Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 524

Walau bagaimanapun hukum berpuasa dalam bulan Rejab adalah sunat.

“Bahawa yang sebenar adalah perkataan dari orang yang berkata: Sunat berpuasa hari Isnin dan Khamis, Rejab dan baki hari-hari di Bulan Haram. Sesiapa yang berkata sebaliknya, iaitu “Tidak sunat” dan menegah manusia (dari mendapatkan fadhilatnya) dengan berpuasa, maka orang tersebut salah dan berdosa. Kerana penghujung kedudukan orang tersebut sebenarnya adalah bertaraf seorang Awam.”

[Ulasan: Orang awam tidak boleh sewenang-wenang memberi fatwa dan tidak harus diikuti. Maka seseorang awam yg cuba-cuba berfatwa adalah berdosa dan haram diikuti.]

Kenyataannya daripada jawapan seorang ulama` yang Muhaqqiq iaitu Al-Imam Al-Allamah Ibnu Hajar Al-Haitami, wafat tahun 974 Hijrah, yang menjelaskan dalam kitab Al-Fatawal Kubro Al Fiqhiyah karangan beliau iaitu dalam juzu’ yang kedua, mukasurat 22, cetakkan Darul Kutub Ilmiah.

credit1

credit2

Category: Uncategorized
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Leave a Reply