Sejak bermulanya semester ini lagi, seisi kolej telah heboh dengan penganjuran satu event yang telah dinantikan sejak sekian lama…
Poster yang berwarna-warni dan kreatif telah ditampal di tiang-tiang….
AJK yang terlibat gigih bermesyuarat mencari resolusi yang terbaik..
belanjawan diatur rapi….
borang penyertaan ditampai di board academic block..orang ramai berpusu-pusu menulis nama di situ (unsur hiperbola)…
huho~
Muslim Youth Camp tiba lagi!
Alhamdulillah, ia telah berlangsung dengan jayanya pada 12-14 September 2009 di Kalumpang Resort. Apa yang best tentang tempat ini adalah air sungainya yang sejuk dan suasana rimba yang mendamaikan..telinga kami sering saja menangkap bunyi deruan air yang mengalir deras…juga tempat wudhu’ yang menggunakan air dari sungai, tanpa paip..so, air mengalir secara berterusan..sejuk menggigit hingga ke tulang hitam setiap kali kami berwudhu’…
Berbalik pada tajuk asal entri ini…
Usai tamat peperiksaan semester IELTS yang berdurasi 3 jam (bagi senior saja), kami pun berbondong-bondongan pulang ke chalet bagi mengemas barangan..hal ini kerana pada malam tadi kami x sempat kemas barang kerana nk study paper IELTS~
Memandangkan hari tersebut adalah hari sabtu, maka kelas setengah hari…
Jam 2.30, sepertimana yang dinyatakan oleh ahli jawatankuasa di LT2 semasa taklimat ringkas tempohari, kami pun berkumpul di pondok jaga…
borang-borang prosuder yang berkaitan diisi mengikut house..
Setibanya kami di pondok jaga, 2 buah bas telah sedia menanti. Satu bas untuk muslimin dan satu bas untuk muslimat..
Bilangan peserta yang direkodkan pergi adalah 26 muslimin dan 34 muslimat..angka ini berkurangan sikit kerana ada peserta yang sudah mendaftar tapi menarik diri pada saat akhir….
Bas pun bergerak..kami melalui jalan dalam ( bukan lebuhraya) yang berbonggol-bonggol….kebanyakan peserta menghabiskan masa di dalam bas dengan berehat, penat berpuasa barangkali..namun ada juga yang bernyanyi-nyanyi riang~
Akhirnya, kami tiba di kawasan Kalumpang sekitar jam 4 petang. Namun, masalah yang dihadapi adalah bas tidak boleh masuk ke tapak aktiviti kerana jalan sempit..
maka, alternatifnya adalah kami diangkut sikit2 dengan menaiki jip ( x sure betul ke ni nama kenderaan tu) ke Kalumpang Resort.
Semasa menaiki jip tersebut, terpampang jelas wajah excited para peserta kerana kata mereka itu kali pertama dalam hidup mereka menaiki jip..
Then, kami pun tiba di Kalumpang Resort..di sana super senior telah menyambut kami dengan kuntuman senyuman yang lebar~
di depan kawasan Kalumpang Resort itu juga ada burung yang pandai cakap. burung dalam sangkar itu boleh sebut dua perkataan, iaitu ‘Assalamualaikum’ dan ‘hai’…sesetengah daripada kami menjadi begitu teruja~
ok. seterusnya kami check-in ke dalam dorm..dorm itu boleh memuatkan 50 orang manusia sekaligus. Muslimin di tingkat atas & muslimat di tingkat bawah..suasana dorm tersebut telah membuatkan para peserta yang dulunya dari sekolah asrama terimbau memori lama..bagi yang tidak pernah bersekolah asrama, suasana ini telah memberikan satu pengalaman baru kepada mereka..senggang masa yang ada sementara menanti asar digunakan oleh kami untuk berehat menghilangkan lelah…
Tiba waktu solat asar, kami menuju ke surau. di sana super2 senior telah menanti kami. sesi perkenalan tidak formal telah berlaku..antara super senior yang ada ketika itu adalah Hazman Hadi, Dzar, Iqtidar, Akmal, Jpah, hilfi, Isa, Azri dan ramai lagi..
kemudian, kami solat asar bersama-sama. usai asar, ada sedikit tazkirah ringkas daripada super senior..beliau antara lain menyatakan bahawa betapa bertuahnya para peserta yang diberi kesempatan masa untuk menghadiri MYC pada tahun ini.
seterusnya, kami pun beransur pergi ke dewan utama untuk acara yang seterusnya. Taaruf jamaie telah diadakan oleh para fasilitator..
berdasarkan buku program yang dibekalkan kepada kami, para fasilitator MYC 2009 terdiri daripada:
Muslimin: Huzaifah Abd Rashid (Jpah), Mohd Azri Rosli, Hilfi, Akmal Amri @ Akmal Warwick, Isa, Khairul Hafidz & muhd Yusof b Abu Shamsi.
Muslimat:Hamizah hanapi, Afiqah Hamzah, Nur Diana Baizura, Nur Amalina Mohd Naseer, Wan Syazzawani, Ainol Hamidah, Adabiah, Musliha & Maizatul Syafinaz.
Pembetulan* (menurut k ajah, oleh kerana agak ramai fasi muslimat yg tarik diri pada saat akhir, fasi diganti dengan akak2 bes yang lain-fasi muslimat yang hadir adalah: Ajah, Atiqah,Afiqah, Wan shazz, kak adabiah, kak hanisah, kak azila, kak maizatul, kak raiha, kak diana baizura, kak balqis..
Kemudian, Akmal Warwick telah mengambil alih mikrofon. Beliau mengingatkan tentang konsep shift paradigm & ‘zero expectations’ kepada para peserta. Keberkesanan aktiviti sepanjang 3 hari kami berkampung di sini adalah bergantung pada diri peserta sendiri.
Kehadiran CEO KYUEM, En Zaki memeriahkan acara perasmian program kami pada petang itu. Dalam ucapannya beliau menyentuh tentang konsep2 kehidupan serta nilai-nilai yang terkandung dalam lagu tema kami. oh ya, lagu tema MYC o9 adalah lagu bingkisan kehidupan~
Rangkap pertama lagu itu begini bunyinya:
Mengarungi samudera kehidupan,
kita ibarat para pengembara,
hidup ini adalah perjuangan,
tiada masa tuk berpangku tangan.
ok. untuk lirik dan lagu yang lengkap, sila google sendiri.
Usai majlis perasmian, para fasi memberi ruang kepada kami untuk menyiapkan diri masing-masing. Memandangkan masih ada waktu yang panjang sebelum ke Maghrib, ada peserta yang mengambil kesempatan untuk meninjau-ninjau kawasan sungai…
Malam pun berlabuh dan matahari tenggelam di ufuk barat. Kami bersama-sama berbuka di surau dengan kurma terlebih dahulu sebelum makan hidangan yang lebih berat selepas solat.
Jam 9.00 malam, kami bergerak kembali ke dewan utama. Di sini kami dibahagikan kepada kumpulan masing-masing. ‘LDK 2: sharing session with Alumni’ telah diadakan.
Di dalam LDK, setiap kumpulan mengadakan perbincangan masing-masing. Perbincangan tertumpu pada perkongsian pengalaman hidup di UK dan sebagainya.
Jam 10.00 malam, LDK2 ditamatkan dan kami berkumpul kembali di dewan utama. Acara untuk hari pertama tamat dan kami beransur ke surau untuk solat isya dan terawih sebelum pulang melelapkan mata.
Secara ringkasnya, acara untuk hari pertama masih suam2 kuku kerana peserta masih belum mendapat ‘feel’ program. Mereka menyimpan tenaga untuk hari yang seterusnya.
Hari kedua: 13 September 2009: Ahad
Dingin rimba yang hijau membuatkan kami dipeluk keasyikan lena. Jam 5 pagi, kami beramai-beramai bersahur di kafe. Hidangan yang disediakan begitu membuka selera kami, walaupun ramai yang makan dalam keadaan mamai.
Selepas sahur, kami ke surau. Ada di kalangan kami yang menngunakan senggang masa yang ada sementara masuknya waktu subuh dengan cara mengerjakan solat-solat sunat.
Selesai mengerjakan solat subuh, kami sekali lagi bergerak ke Dewan utama untuk aktiviti seterusnya. Peserta berpecah mengikut kumpulan masing-masing untuk LDK. Di dalam LDK, kami dikehendaki untuk menyatakan nama tokoh2 Islam dan sumbangannya pada masyarakat. Kemudian, kami dikehendaki untuk memilih satu nama bagi setiap kumpulan dan membentangkannya kepada khalayak. Beberapa nama telah dikemukakan. Antaranya adalah, Sultan Muhd Al-Fateh, Saidina Umar, Saidina Abu Bakar, Siti Khadijah dan Syeikh Al-Qutb.
Selepas aktiviti ini, para fasilitator memberi peluang kepada kami untuk pulang ke dorm dan menguruskan urusan masing-masing.
Jam 9.00 pagi, aktiviti seterusnya dijalankan di dewan utama. Ketibaan ustaz hasrizal, penulis di saifulislam.com membuatkan sebahagian besar peserta menjadi begitu teruja. Bagi junior (batch july 09), ini merupakan kehadiran pertama ustaz hasrizal ke program muscom. Utk batch senior pula ( btch 11&11.5), pada semester yang lepas ustaz hasrizal telah beberapa kali berceramah di musolla As-saad.
Seperti biasa, ceramah daripada ustaz hasrizal jarang sekali mengecewakan. contoh-contoh yang diberi adalah praktikal dan begitu dekat dengan jiwa remaja. Para fasi yang sudah banyak kali mendengar ceramah beliau pun, masih mampu tertawa riang ( pengakuan diambil drpd blog Jpah).
Tajuk ceramah beliau pada pagi tersebut adalah ‘ISLAM WARISAN KE ISLAM PILIHAN”. tajuk yang sungguh bermakna dan menuntut satu pemahaman yang teguh. Saya tidak bercadang untuk mengulas dengan lebih lanjut tentang ceramah beliau di sini kerana seorang peserta telah merakan ceramah tersebut dengan telefon bimbit. Beliau akan berusaha untuk mengulasnya dalam entri yang akan datang jikalau ada kesempatan masa.
oh ya. say terlepas pandang. Sebelum ceramah ustaz hasrizal, sharing session with founder iluvislam telah diadakan. Kehadiran saudara Imran Koyube (presiden iluvislam) dan saudara Ruzaini (setiausaha iluvislam) telah menambahkan lagi keserian acara. Mereka berdua yang juga alumni KYUEM telah menceritakan detik-detik awal pembukaan laman web iluvislam, sejarah perkembangannya sehinggalah ia mampu untuk menjadi website yang dikunjungi jutaan pelawat setiap hari. Mereka juga mengingatkan akan peri pentingnya bangkit daripada setiap kegagalan dan jangan sesekali berputus asa.
Selepas sesi bersama krew Iluvislam, agenda diteruskan dengan ceramah ustaz hasrizal sebelum kami semua beransur untuk mengerjakan solat zohor.
Usai solat zohor, MYC 09 diteruskan lagi dengan talk by YB Nik Nazmi (ADUN Seri Setia). Beliau adalah alumni KYUEM daripada batch ke-3(KYMS). Beliau telah berkongsi pengalaman beliau sepanjang kehidupan di kolej serta pembabitan beliau sebagai aktivitis pelajar di Uk. YB Nik Nazmi telah bergiat aktif dalam dunia kepimpinan sejak di MCKK lagi. Pengalaman beliau berpersatuan semasa belajar di UK telah memberi satu pendedahan berguna untuk beliau. Ia diikuti dengan sesi soal jawab daripada para peserta.
Selesai sesi bersama YB Nik Nazmi, Ustaz Hasrizal kembali mengambil alih mikrofon. Beliau banyak menyentuh tentang konsep keseimbangan antara Sunnatullah dan Syariatullah sepanjang ceramah petang itu. Idea dan analogi beliau telah menarik minat para peserta. Tika petang baru sahaja hendak menjenguk (lebih kurang pukul 5.30 ptg), para peserta dilepaskan untuk melakukan aktiviti masing-masing. Ada di kalangan para peserta yang tidak melepaskan peluang untuk bermandi-manda di sungai. air sungai yang dingin kelihatan begitu menggiurkan pada pandangan mereka.
Malam membungkus senja yang hadir sebentar pada tiap lewat petang. Azan berkumandang dan kami berbuka di surau sebelum makan hidangan di kafe selepas solat.
Jam 8.30 malam, ceramah ustaz hasrizal diteruskan dengan tajuk ‘cinta dan professionalisme’. Ustaz hasrizal sekali lagi menarik minat khalayak dengan menggunakan analogi dan berkongsi pengalaman beliau. Beliau banyak mengungkapkan kembali kisah-kisah yang terkandung dalam buku tulisan beliau iaitu ‘aku terima nikahnya’dan ‘bercinta sampai ke syurga’. sekadar selingan, ustaz hasrizal pernah menyampaikan ceramah ‘bedah buku;bercinta sampai ke syurga’ pada semester yang lepas.
Kemudian, lebih kurang jam 10 malam, ustaz hasrizal menamatkan ceramahnya. Pada peserta ke surau sebelum untuk solat isya’ dan terawih sebelum pulang ke dorm untuk tidur. oh ya, supper juga turut disediakan. Malam itu, ustaz maliki membelanja kami murtabak! nyam3..
Secara ringkasnya, saya merasakan bahawa hari kedua merupakan hari kemuncak program kerana pelbagai input berguna telah dipelajari hari ini.
Malam pun berangkat pergi dan kami lena dalam dakapan mimpi indah.
Hari ketiga:14 September 2009: Isnin
Jam 5 pagi, dorm kami digegarkan dengan sahutan kejut-mengejut.
“bangun..bangun..bangun..jom pergi sahur”, kejut seorang teman.
Pagi itu peserta agak susah untuk dikejutkan, kepenatan barangkali.
Kami bersahur seperti biasa sebelum meneruskan aktiviti dengan solat subuh secara berjemaah di surau.
Pada pukul 8.30 pagi, peserta berkumpul untuk aktiviti yang seterusnya. LDK. ‘Perancangan 5 tahun’ telah diadakan, bergantung kepada kumpulan masing-masing.
untuk kumpulan saya, kami diminta untuk menyenaraikan kekuatan, kegemaran serta perancangan pada masa hadapan. Kami juga diminta untuk menyenaraikan SWOT dan perancangan masa akan datang.
Jam 10 pagi, kami bersatu kembali di dalam satu kelompok untuk resolusi dan muhasabah. Untuk aktiviti ini, 2 peserta telah dipilih secara rawak untuk menyampaikan pandangan masing-masing tentang MYC 09. 2 orang insan terpilih itu adalah mahfuzah dan syeikh.
Para fasilitator juga mengingatkan para peserta tentang konsep pembetulan kompas.
Upacara penutup diadakan jam 11.30 pagi. Kehadiran Puan Rogayah (student services manager) telah menambahkan lagi keserian majlis. Beliau telah memberikan ucapan penutup di samping memberikan nasihat-nasihat berguna untuk para peserta. Ketua fasi, saudara Jpah turut menyampaikan sepatah dua kata, diikuti ucapan daripada penasihat Muscom, Ustaz Maliki.
Dengan berakirnya majlis penutupan itu, maka tamatlah MYC 2009.Namun , itu tidak bermakna ukhwah yang terjalin antara fasi dan peserta akan hilang begitu saja. Di sinilah permulaan buat semua untuk mempelajari apa yang dikongsi sepanjang 3 hari di Kalumpang.
Sebelum beredar, para peserta telah diberikan dengan sebuah badge setiap seorang. bagde itu tertulis dan terlukis logo ‘IAW with the super seniors: The fantastic -Ukhwah’- IAW 09 & SOP.
Menurut Akmal Warwick, badge itu sepatutnya diedarkan semasa IAW & SOP, namun ia tidak dapat diberi kerana kolej tidak membenarkan sebarang perkumpulan orang ramai di great hall gara-gara wabak H1N1 ketika itu. Sedikit kepiluan di situ kerana mereka telah merancang program tersebut buat sekian lama.
Namun, para penganjur SOP tetap tabah dan berpegang pada janji Allah yakni, Allah tidak memandang pada hasil tetapi pada usahanya’.
ok. Kembali pada topik MYC 2009. Selepas zohor, semua peserta pun berangkat pulang ke destinasi masing-masing. kenderaan ke 3 destinasi telah disediakan. pertama, utk ke puduraya..kedua, utk ke tg malim dan yang ketiga untuk ke kolej…
Excellence:The aim of Ehsan..begitulah tema MYC 2009 yang dicetak di buku program. Moga apa yang disampaikan sepanjang 3 hari di Kalumpang ini akan dapat dimanfaatkan oleh semua peserta. Moga ukhwah yang terjalin akan peserta dan fasi akan tetap subur dan mekar.
Kami secara peribadi ingin menyatakan rasa penghargaan kepada para fasilitator yang diketuai oleh Jpah yang sudi meluangkan masa cuti kalian. Budi baik kalian hanya Allah sahaja mampu untuk membalasnya.
Setinggi-tinggi penghargaan juga untuk krew MYC yang diketuai oleh Amir dan Azna. Juga kepada ahli jawatankuasannya iaitu Asmin Ibrahim, Nor Shahida, Wan Iylia Afiq, Nurul Husna, Muhd Asyraf, Farah Deena, Abd Azeem, Nur Adilah, Nik AHmad Faris, Halimatus Saadiah, Darimi, Ili Hakima, Muhd Arif dan Noraishah.
Jazakallah khairan.
Sekian, moga ada manfaatnya daripada laporan ini. Wassalam.
Nota kaki:
1. Pihak Muscom sedang berusaha untuk muat turun gambar-gambar sepanjang MYC ke galeri MUSCOM dalam masa yang secepat mungkin. Namun begitu, sebagai alteranatif, telah ada peserta yang telah upload gambar ke facebook mereka.
2.Ingin tahu coretan tentang MYC dari seorang ketua fasi? Klik sini untuk ke blog Jpah.
3. Saya menulis entri ini secara ingat-ingat lupa. mohon kemaafan andai ada kekurangan.
4. Mohon budi baik para peserta dan fasi yang berpeluang menyertai MYC 09 untuk meninggalkan pesanan di ruangan komen mengenai respon anda terhadap MYC 09.
Terima kasih.







Wednesday, 16. September 2009
Org first komen!!!
Dari pihak fasilitator, maaf dipinta atas kekurangan dan kelemahan. Doakan kejayaan kita bersama. Moga sukses dalam exam AS dan doakan juga kami sukses di sana…
Yang lagi seminggu di Malaysia
Wednesday, 16. September 2009
Org kedua komen!! (kiasu x??) haha
pembetulan nama2 fasi muslimat (sbb agak ramai yg tarik diri di saat akhir, dan diganti dgn akak2 bes yg lain)
Fasi muslimat: Ajah, Atiqah, Afiqah, Wan Syazz, Kak Adabiah, Kak Hanisah, Kak Azila, Kak Maizatul, Kak Raiha, Kak Diana Baizura, Kak Balqis
Salam ukhuwah dr kami fasilitator muslimat.. adik2 yg cergas n bes, semoga berjumpa lg.. di alam maya (FB, YM) dan di alam nyata (di KYUEM n UK next year!!)
Bak kata Amirah Alam: Kak Ajah ni, xyah risaunya.. mst akan slalu ada di Kolej.. haha..
benar.. rindu amat kolej. Akan ku selalu muncul di sana..
nway, bahasa post ni sangat mantap. blh wt contoh karangan.. kagum2..
tahniah Shukri!! << betul awk kan yg tulis?
Wednesday, 16. September 2009
salam..
tahniah syuk,perkongsian yg mantap..
rase cam turut serta bile bace,cume x dpt input2 nye..
jd,sy mnuntut kalian utk sharing2 ble balek ky nnt ye??
n congratz juge 2 all faci n partcpnts..
muga mndpt keberkatan Ramadhan..
=)
Thursday, 17. September 2009
kak ajah: terima kasih..maaf atas kesalahan x kenal sgt fasi muslimat..sudah dibetulkan nama fasi itu..
agak banyak typing error pasal nk taip cepat2
aju: yes! saya setuju..biar meriah sikit entri dengan dgn perkongsian dari kalian juga..
Friday, 18. September 2009
salam ramadhan al-mubarak..=)
awk msti kenal akak kan syuk?
hidup johor!!!! hehe
sbg fasi, alhamdulillah, MYC 09 mmg best..
akak teringat, turning point akak ialah pada MYC 07 (masa tu akak junior kt KYUEM)
masa tu byk sgt perkara yg akak baru tau sperti tujuan hidup dsb.
sbb b4 tu akak sgt2 jahil.. huhu
iA jmpe adik2 semua kt UK/eire nnti.. ameen
sbb byk lg prgram2 best sperti PUISI & FUIYO~
smoga Allah swt sentiasa merahmati kita semua..
=)
Saturday, 19. September 2009
Guess who is Hamizah?? haha
Wednesday, 23. September 2009
Alhamdulillah…banyak belajar from the camp itself…
Jumpa supersenior lagi, banyak buat sharing dengan diorang…
At least we get the feel of going to UK…
Congrates to the Committee for making this event a success..
Hope to have event like this in future…
Selalu la buat!
Wednesday, 23. September 2009
Alhamdulillah, tahniah buat committee myc09…rasa sedih tak dapat sama2 sertai myc..tp apakan daya urusan d rumah lbh memerlukan…apa2 yg dipelajari di myc bawak2lah berkongsi bila balik kolej nanti ek… =p
Thursday, 24. September 2009
apa yg plg best masa myc ialah…
lagu temanya..haha..
bagus syumul..report yg agk lengkap..
saya pun dah lupa apa yg berlaku=)
terima kasih superseniors..
korang mmg best!!
Saturday, 3. October 2009
фильтруйте ваши всказывания слишком много воды
Saturday, 3. October 2009
спасибо