Subscribe to Musolla Community
Dec
04
Salam sahabat-sahabat perjuangan.

Seminggu dua ini isu samada boleh atau tidak berdoa dalam bentuk cercaan dan celaan telah menghiasi akhbar dan media elektronik kita. Ianya menjadikan kita tertanya-tanya apakah solusi Islam dalam perkara ini.

Di sini, dipetik satu pandangan yang membolehkannya berdasarkan beberapa sandaran untuk menjadi renungan kita bersama.

PERTAMA;
Di awal dakwah, nabi SAW naik atas bukit safa, lalu berucap di atas bukit tersebut untuk menyampaikan kandungan dakwah nabi SAW.

Di saat itu, Abu lahab marah dengan dakwah nabi SAW, menyebabkan beliau telah mengambil batu dan membaling ke arah nabi SAW.Tindakan Abu Lahab tersebut dibenci oleh Allah, menyebabkan Allah menurunkan firman-Nya
;تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ
“celakalah kedua tangan abu Lahab, dan sememangnya Abu lahab adalah celaka” (Surah Al-lahab : 1)

KEDUA:
Firman Allah
;وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أُولَئِكَ يُعْرَضُونَ عَلَى رَبِّهِمْ وَيَقُولُ الْأَشْهَادُ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى رَبِّهِمْ أَلَا لَعْنَةُ اللَّهِ
عَلَى الظَّالِمِينَ
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka, dan para saksi akan berkata: “Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Tuhan mereka.” Ingatlah, laknat Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim“(Surah Hud : 18)

KETIGA;
Firman Allah;أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ أَنَّ عَلَيْهِمْ لَعْنَةَ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
“Mereka itu (orang yang zalim), balasannya ialah: bahwasanya la’nat Allah ditimpakan kepada mereka, (demikian pula) la’nat para malaikat dan manusia seluruhnya”(Surah Al-Imran : 87)

KEEMPAT:
Imam Al-Bukhari ada meriwayatkan hadis, bahawa nabi SAW ada berdoa dalam qunutnya;
اللَّهُمَّ الْعَنْ فُلَانًا وَفُلَانًا وَفُلَانًا
“Ya Allah, berilah laknat kepada fulan, fulan dan fulan”

Doa ini dibaca oleh nabi SAW setelah membaca ;سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ
“telah mendengar oleh Allah terhadap mereka yang memujinya. Wahai tuhan, kepujian itu layak untuk kamu” (Al-Bukhari : 3762)

KELIMA;
Imam At-tarmizi ada meriwayatkan hadis, bahawa Nabi SAW ada berdoa dalam peperangan uhud;اللَّهُمَّ الْعَنْ أَبَا سُفْيَانَ اللَّهُمَّ الْعَنْ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ اللَّهُمَّ الْعَنْ صَفْوَانَ بْنَ أُمَيَّةَ
“ya Allah, berilah laknat terhadap Abu Sufyan. Ya Allah, berilah laknat terhadap Al-haris bin Hisyam. Ya Allah, berilah laknat terhadap Safwan bin Umayyah”

Ekoran doa nabi SAW itu, menyebabkan Allah SWT menurunkan firman-Nya;
لَيْسَ لَكَ مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يُعَذِّبَهُمْ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ
” Tak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka, atau mengazab mereka karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim.”(Surah Al-Imran : 128)

Kemudian dari turunnya ayat ini, menyebabkan mereka yang nama-nama mereka disebut oleh Nabi dalam doa tersebut bertaubat. Dan Allah telah mengampun dosa mereka, bahkan selepas itu, mereka menjadi orang islam yang baik. (At-tarmizi : 2930)

KEENAM;
Imam At-tibrani meriwayatkan hadis. Bahawa nabi SAW berdoa ketika baginda takut/bimbang terhadap sesuatu kaum;اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ، وَنَدْفَعُكَ فِي نُحُورِهِمْ
“Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung dengan kamu daripada segala kejahatan mereka, dan kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka” (Al-Mukjam Al-kabir : 1579)*

maksud dengan doa “kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka”, adalah doa agar mereka binasa.

ISTIDLAL Dari Ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis nabi SAW ini, dilihat bahawa Allah sendiri membenarkan ungkapan celaan dan laknat diberikan kepada mereka yang zalim. Bukan sekadar itu sahaja, mendoakan agar diberikan laknat kepada mereka terbabit pun dibenarkan dalam islam. Makanya, terlebih dibenarkan dalam islam apabila mendoakan kecelakaan seseorang itu ‘dita’liqkan’(digantungkan/dikaitkan) dengan sesuatu amalan kezaliman yang bakal dilakukan. Ia sedikit sebanyak, merupakan salah satu cara untuk mencegah seseorang itu daripada melakukan kezaliman.

Sabda nabi SAW;انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ
“tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang kena zalim”Seorang lelaki bertanya, “wahai rasulullah, aku akan menolong seseorang yang dizalimi. Bagaimana pula, hendak menolong orang yang zalim?”Jawab nabi, “berhentikan dia daripada melakukan kezaliman, maka itu adalah cara kamu menolong dia” (Al-bukhari : 6438)

Dari hadis ini, amat nyata bahawa Nabi SAW menyatakan bahawa perlu dilakukan tindakan yang boleh memberhentikan seseorang yang zalim itu daripada dia melakukan kezaliman. Justeru, jika dengan cara menyebut akan berdoa kebinasaan terhadap orang yang zalim dapat memberhentikan dia dari melakukan kezaliman, maka itu merupakan tindakan yang tidak salah dalam islam, malahan ia adalah sesuatu yang disyariatkan dalam islam.

Sekian. Wallahu ‘Alam.
diambil sebiji-sebiji tanpa sebarang edit dari http://yusofembong.blogspot.com/
  1. fairosza Said,

    salam..
    owh artikel yg camni,sy jd org yg awal komen haha..
    bukan nk komen r actually.
    cume nk ajak sume BERDOA agar umat islam seluruh dunia MENDOAKAAN umat islam yg lain supaya menjadi mukmin cemerlang dunia akhirat..
    ..amin..

    xnak xpe..
    tp kalo doakan org len celaka sanggup xkan doakan kegemilangan umat xsanggup..ye x?

    *kongsi cite sket..renungan
    -time jd junior,sy penah kene tipu hidup2(dizalimi) mase nk perform zapin kt kolej dulu ngan sorg pompuan n ‘bengkek’ giler rase.tp ada committee muscom(who is a senior lelaki ye) nasihatkan sy supaya mendoakan agar bdk tu n kita terus dpt hidayah sbb hidayah yg kita dpt ni mgkin akan ditarik bila2..masyaallah..nauzubillah

    +bersedia nk kene fire blk ni..(gurau)hehe+

  2. syafiq Said,

    aslm..

    btul tu pai.. aku sokong ko.. doa celaka nak masuk berita.. doa kesejahteraan umat tak plak masuk berita? kekekeke..

    aku pelik.. yang keenam tu, hadis tu sahih ke? tu la persoalannye.. harap korang dapat berikan kesahihan hadis tu ek..

    thanks..

  3. syafiq Said,

    slm.. cube bace website ni.. harap boleh dimanfaat.. ;-)

    http://writtenbyhim.wordpress.com/2009/11/30/penjelasan-mengapa-kelantan-tiada-hak-royalti-minyak/

    sejarah itu penting. tanpa sejarah, manusia BODOH..

  4. mr hm Said,

    secara teori, segalanya memang mudah. mmglah kalau boleh semua org mahu doa cemerlangan saudara dan bla3.tapi bila difikirkan secara lebih dalam, pelbagai pandangan dlm situasi yg lebih kritikal drpd kes tarian zapin fairosza kita dpt lihat. maka dalam kes ini, saya fikir encik perlu membaca dgn lebih perhatian.ruangan istidlal itu, ditulis:

    “Makanya, terlebih dibenarkan dalam islam apabila mendoakan kecelakaan seseorang itu ‘dita’liqkan’(digantungkan/dikaitkan) dengan sesuatu amalan kezaliman yang bakal dilakukan. Ia sedikit sebanyak, merupakan salah satu cara untuk mencegah seseorang itu daripada melakukan kezaliman.”

    contoh lain yg lebih mudah, kalau ada apa2 kelab, ambil contoh kelab zapin, di mana-mana.dan ada pula pemilihan presiden.kalau calon A dikatakn akan menggalakkn persentuhan lelaki perempuan dlm tarian jika dia jadi presiden, apa perlu kita buat?kita doakan calon A tidak menang. semudah itu.

    tapi seperti biasa, media akan cuma memetik kata2 pemimpin parti tertentu ini dgn tidak penuh.kalau pemimpin ini berucap 1 jam, dia ambil 5 saat saja dan tayang 1 malaysia. (google: half-truth)

    ini teks sebenar. cukup berlapik, dan tak perlu nak diterang2 diulas2.

    “Ya Allah, Ya Tuhanku, kalauMu tengok dua orang ni (Najib & Zahid) ada bakat menjadi baik, bukalah pintu hati dia untuk Islam dan Iman, kalau tak ada bakat dah jadi baik, kacau sokmo, turunkanlah bala supaya orang lain gerun nak tiru dia” Kemudian Tok Guru berdoa dalam bahasa Arab dengan menyebut nama Najib dan Zahid.”

    nampak kan kesinambungan dgn ruangan istidlal tadi.

    kedua, mengenai kesahihan hadis keenam itu tidak dptlah saya pastikan.yg setakat ilmu saya, al-mukjam al-kabir itu himpunan hadis2 sunni yg terkenal. bila saya katakan tidak dpt dipastikan, bukan bermakna ia sudah pasti sahih, atau sudah pasti tidak sahih.cuma apa yg saya tahu, apa yg di copy-paste oleh admin ini sudah tersiar lebih awal di blog2 ustaz lain. bolehlah juga kalau mahu dikata, “habis kalau mereka ustaz apa mereka siar di blog semua betul?”, tapi bila mereka sudah diiktiraf oleh JAKIM utk berceramah dan sebagainya, kita boleh nampak ustaz-ustaz ini bukan sesuka hati mnyiarkan sesuatu yg tidak sahih. boleh dikatakan, saya tidak kata betul.

    semak http://youngsmkbg.blogspot.com/ dan banyak lagi sebenarnya.ustaz misbahul munir.ustaz yusof embong.

    “sejarah itu penting. tanpa sejarah, manusia BODOH”..mmg menarik.quote yg sgt tepat, tapi tidaklah berapa kena dlm konteks ini. encik syafiq juga perlu bc dgn teliti apa yg dipaparkn oleh post yg encik link itu. dikatakn dlm artikel yg bijak itu,

    “Kerajaan Kelantan bergantung kepada perjanjian yang dibuat oleh Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dengan Allahyarham Dato’ Nasir, bekas Menteri Besar Kelantan dari Barisan Nasional.”

    dan kemudian dikatakan perjanjian itu automatik terbatal apabila wujud Joint Develoment Area (JDA) di antara Malaysia – Thailand dan Malaysia – Vietnam, sebuah perjanjian baru. jelas, peraturan baru ini telah mengkhianati ’sejarah’, tapi ia betul dan benar.

    baik, itu hujah yg mngatakan kelantan tak layak menerima royalti. bagi saya, manusia ‘BODOH’ sebenar ialah manusia yg tidak baca artikel selain drpd artikel yg satu ini. hanya baca artikel yg memihak kepadanya.

    lagipun masih ada keraguan dlm ‘kebijakan’ artikel yg encik syafiq link tadi.keraguan2 yg kita (yg tak paham undang2 sgt) tak tahu, maka apa perlu kita buat ialah membaca lebih. komen2 di bawah artikel itu juga wajar dibaca.sampai habis.

    nah, longgokkan minda anda dengan artikel lain pula yg mngatakan kelantan layak. tidak perlu buat keputusan sama ada kelantan layak atau tidak, kerana itu kerja mahkamah. kita perlu baca dan fahami, dari semua sudut, TERMASUK SUDUT YG BERLAWANAN DENGAN IDEA KITA. barulah benar-benar kita tidak BODOH.

    semak, dan baca smpai bawah http://kickdefella.wordpress.com/2009/11/08/surat-terbuka-buat-yab-perdana-menteri-malaysia/

  5. fairosza Said,

    “contoh lain yg lebih mudah, kalau ada apa2 kelab, ambil contoh kelab zapin, di mana-mana.dan ada pula pemilihan presiden.kalau calon A dikatakn akan menggalakkn persentuhan lelaki perempuan dlm tarian jika dia jadi presiden, apa perlu kita buat?kita doakan calon A tidak menang. semudah itu.”

    -apa salahnya kita doakan calon A terbuka hatinya utk jaga ikhtilat?

    “ini teks sebenar(merujuk pd teks sebenar)”

    -soalannye,boleh x kalo tak didoakan the 2nd part of the doa tu.kan lebih berhikmah.sy senang hati bila org mendoakan kebaikan utk sy.

    “pelbagai pandangan dlm situasi yg lebih kritikal drpd kes tarian zapin fairosza kita dpt lihat”

    -mmg ada kes lbih kritikal.tp peristiwa zapin tu cme satu contoh je.mcm ustaz2 selalu bg analogi nk bg org mudah faham.lgpon sbnrnye cth tu nk ajak kite sedar jgn mudah marah n sentiasa berdoa kebaikan utk org.sbb tu diselitkn cerite tu.

    p/s-to haq,sy juge bce harakah ok.pembce setia.ahaks=)
    and media,xterlepas dr menipu.cthnye,kes jambatan gantung yg roboh kt perak.harakah laporkan ada ayah slh sorg peserta kem yg meninggal turut meninggal dunia sbb sedih sgt.then org yg dlm berite tu dilaporkan xmeninggal pon.motif-nama kem tu kan 1malaysia,kene la cari cerite buruk2.nak kaut untung

    Semoga redha Allah mengiringi kita.Amin

  6. fairosza Said,

    erm lagi satu haq n readers,

    “bagi saya, manusia ‘BODOH’ sebenar ialah manusia yg tidak baca artikel selain drpd artikel yg satu ini. hanya baca artikel yg memihak kepadanya.”

    -nape kt blog mucom ni ada pandangan satu pihak je.ish..sampai hati cakap muscom ni ‘BODOH’.kurang cerdik kot

  7. adiLa Said,

    haha.saya gelak2 baca komen2 di sini =p

  8. gua Said,

    kenapa blog muscom selalu menyebelahi satu pihak je… ni sebab syumul sendiri pro pembangkang ke???

    fairosza, mr hm bukan cakap pasal artikel ni laaa. pasal artikel lain.

  9. Pena~ Said,

    Assalamu’alaikum w.b.t

    Maaf mencelah..
    saya bukanlah ahli MUSCOM,
    saya cuma seorang pelajar di salah satu IPTS di Malaysia.

    dan bila saya bertemu dengan artikel ini
    membuatkan saya telah membaca komen2nya sekali..

    Teringin untuk mencelah, menyuarakan pendapat saya..
    Tentang isu(post) mengenai doa ini yang telah pun dikomen oleh yang lain…

    ———————————

    sebenarnya isu utama Kerajaan Kelantan adalah Royalti minyak..
    Namun yang Muscom postkan adalah mengenai doa laknat..
    Samada boleh atau tidak..
    dan rata2nya semua Ulama mengatakan doa laknat boleh dibuat.
    cuma Muscom sampaikan dengan dalil2nya..

    ————————

    Jadi bila Fairosza dan mr. hm,
    bawa satu artikel yang nampaknya berbicara mengenai isu sebenar..
    satu perkara yang baik.. saya kira..
    Kerana cuba mendasari masalah sebenar..
    Namun bukanlah sama skop dengan post yang MUSCOM bawakan..
    MUSCOM membawakan isu mengenai hukum
    dan kalian berdua membawakan isu yang berbau politik
    ———————————–

    TETAPI..
    post ini berkaitan DOA, dan ini tidak dapat dilihat bertujuan untuk berhasrat memihak mana2 pihak.
    Kerana samada bagi pihak Kerajaan Pusat jika ingin doa Laknat, maka mereka juga berhak lakukan..

    Justeru,post ini adalah berkaitan tentang boleh atau tidak
    DOA LAKNAT dilakukan.. ?

    Bukan isu samada boleh dapat royalti atau tidak?

    tetapi

    Saya lihat media tempatan pun sama.. hilang fokus mengenai isu yang patut dibincangkan…
    kerana DOA LAKNAT memang ternyata dibenarkan dalam Islam..
    yang WAJAR DIBINCANGKAN secara adil adalah mengenai perkara yang sebenar..
    iaitu Isu Royalti kepada pihak Kerajaan Kelantan atau tidak..?
    ———————-

    Namun ketahuilah,
    Saya tidaklah berhasrat utk mengupas isu di blog MUSCOM.. kerana jelas.. akan ada isu politik atau bias pula..

    ———————-

    Cuma saya ingin bertanya,

    kepada mereka yang sangat marah (atau kurang suka)
    bila isu (post) ini di bawakan oleh Muscom..

    Pendapat saya, saya TIDAK melihat sebarang kesalahan atau ketidak adilan pun dari pihak Muscom..
    kerana mereka HANYA MENYAMPAIKAN DALIL2 MENGENAI HUKUM DOA LAKNAT…

    Bukan mengenai Isu, “Wajar atau tidak Kerajaan Kelantan dapat royalti” Kerana itu jelas sekali.. ada pro-anti pembangkang akan terhasil..

    Tapi ia mengenai hukum DOA itu sendiri..

    Kepada Gua:

    Saya rasa TIDAK timbul isu pro pembangkang atau anti pembangkang di dalam post ini..
    Kerana jika anti pembangkang ingin mendoakan doa laknat untuk orang yang menzalimi mereka..
    Mereka turut dibenarkan..

    Justeru,Andaikata pihak anti-pembangkang dizalimi oleh pro-pembangkang (terpaksa buat rujukan juga mengenai isu semasa ini) Maka. mereka juga boleh melakukan doa tersebut…

    ————————-

    Maka saya tidak merasakan MUSCOM bertindak berat sebelah..
    MUSCOM hanya menyampaikan ilmu mengenai doa itu..

    Justeru buka minda,
    jangan cepat dan mudah melatah..
    paksikan kebenaran..
    dan takutlah Allah setiap masa.

    ———————————

    Buat MUSCOM: teruskankanlah usaha baik kalian.. dan terimalah kritikan dengan positif.. walau dikeji mahupun dipuji.. tidak kisah..kerana Kita berkerja keranaNya.

    kepada pengkritik : teruskanlah mengkritik.. kerana kalian membuka minda yang lain2 juga..

    Wallahu’alam..

    —————–
    Pena menari, mungkin ada tersilap langkahannya..
    Mohon maaf, andai ada tersalah kata.. :)
    —————————–
    ps: Diharapkan dalam memberikan komen, gaya bahasa dapat dijaga.. professionalisma perlu ada.. kerana ia gambaran kepada ahli komentar tersebut…
    kerana stiap apa akan dikira.. meskipun post yang nampak mcm biasa, tp jika niatnya untuk mengutuk atau mencaci.. Nauzubillah.. mungkinkah tidak berdosa??

    Ingatan untuk diri sendiri..

    Wassalam

  10. Pena~ Said,

    Sedikit pembetulan: bukan Fairosza dan mr. hm…
    tapi Syafiq dan Mr. hm..

    wallahu’alam..

  11. qemin Said,

    nak menyebukkan diri juge boley?
    heee~
    ———————————————————————–
    royalti minyak ngri kelantan?
    saya tak ambil tahu sangat. maaf.

    Isu doa laknat?
    pun kurang pendedahan.
    Yang selalu dengar, ”org” cakap x elok.
    tak pasti HARAM atau MAKRUH atau HARUS atau cume xmanis etc2.
    ————————————————————————

    Tapi rasanya yang ni saya berani cakap.
    Kalau masak nasi tiba2 jadik lembik,
    kita marah beras ke kita marah air?
    Saya rasa saya marah org yang letak beras ngan air tu tak sama rata, tidak pada kadar yang sepatutnya.
    *ish2.. marah2 pulak.. mmg pantang dicuit kan? =)*

    Kalau nasi dah lembik,
    kita pergi buang beras, membazir,
    buang air…… huh?
    tak selesai masalah~
    =)
    ——————————————————————
    kenapa royalti minyak jadi masalah?
    saya tak belajar tinggi2,
    tapi tak silap royalti tu komisen, dpat duit.
    duit. duit tu.
    $$$

    saya kalau dengar si A dapat duit, saya mesti assume si A seronok.
    tak taw pulak, bila si A dapat duit, anak2 si A gaduh.
    pening kepala si A.
    kesian die….
    ———————————————————————

    Pening ke?
    Jom lihat sirah Rasulullah&para sahabat nak?

    saya jugak tak belajar agama tinggi-tinggi.
    tapi, saya rasa saya pernah dengar baitulmal.
    rasanya fungsi baitulmal simpan dan agih dan distribute-kan harta dalam negara…
    betul ke?

    eh2… kejap2.. apa tadi?
    NEGARA. saya tak silap eja tau!
    NEGARA. N-E-G-A-R-A islam.
    bukan N-E-G-E-R-I islam.
    bukan jugak K-E-R-A-J-A-A-N.

    ideally, kalau
    *note, saya tules ‘kalau’.*
    negeri kelantan, dan negeri-negeri dalam malaysia ni betul2
    satu negara, kenapa eh ada masalah bila dapat duit?
    agih-agihkan la antara golongan ‘mereka’ yang memerlukan.
    bukan kepada kerajaan, bukan jugak kepada negeri.
    betul? boleh jadi salah kot… =(

    saya dah cakap, saya tak belajar tinggi2.
    tapi rasanya saya sempat belajar SPM dulu.
    sempatla belajar sejarah tingkatan 5.
    rasanya, ada satu bab pasal pembentukan Malaysia.
    ade tak?

    dan rasanya lah.. tapi saya mungkin silap…
    sebab orang setuju bercantumnya negeri-negeri selat dengan ngr2 melayu bersekutu(dan x bersekutu)…
    sebab memudahkan pentadbiran.. supaya bila satu ngeri ade hutang,
    negeri lain boleh tolong.
    ala-ala mcam tu la rasanya….

    tapi ye la.. saya belajar tak tinggi..
    mungkin dengan panduan sejarah t5 nieh..
    korang lagi hebat dari saya…
    ye la.. saya BODOH(tak best la bodoh. rasa mcam kene tembak. tukar JAHIL boleh? comel sket.. =)
    saya JAHIL..
    ———————————————————————

    jadi soalan sekarang, kelantan tu masuk Malaysia tak?
    Kerajaan pulak, jalankan apa yang sepatutnya tak?
    (agihkan kepada orang2 yang memerlukan)
    kalau jawapan kepada antara dua soalan di atas adalah ”TIDAK”, kenapa tidak?
    mesti kena jadi ”YA”. baru betul. kalau x, itu punca masalah ini.
    Itu punca, itulah yang kena jadi bahagian yang perlu ‘dirawat’. bukan bahagian lain.
    bukan siapa layak. bukan siapa laknat.
    ———————————————————————–

    Jadi, mcam mana?
    Nak marah siapa agaknya~~~
    =)

    *yang masih tak puas hati dengan corak nasi yang kdg2 sedap kadang2 x…. =(

  12. adiLa Said,

    subhanallah. tabik kepada encik/cik pena yang mengulas panjang.

    isu panas, ke negara sejuk ini pun rasa bahangnya.

    benarlah post yang ditulis. benarlah hujjah ulama’.

    cuma secara peribadi, saya lebih gembira apabila hujjah dikaitkan dengan isu dasar. dapatkan the whole picture.

    bukan apa, untuk elakkan misinterpretasi.

    hujah2 ada punca, peristiwa di sebaliknya mengapa hujah dikeluarkan.
    ayat2 ada asbabun nuzulnya (sebab penurunan).

    paling setuju dengan mr.pena, mungkin silapnya kita bilamana kita lihat isu ini dalam konteks ‘politik melayu’.

    tidaklah mudah ulama’ berhujah dan mengeluarkan fatwa.
    juga..
    tidaklah mudah juga untuk kita qiaskan (beri bandingan) hampir semua benda.

    di malaysia kita nampak matahari, di uk pun selalu nampak matahari. tapi, ‘feel’nya lain, jauh beza..

    (oh berusahalah faham ayat saya yang berbeli-belit ya)

    “Politic is like the toilet. No matter what you do, people still think it is dirty. And no matter what u think, u can never get away from it.” kata-kata seorang yang tak ternama =p

    no offence, maaf apa2.
    :)

  13. mr hm Said,

    encik fairosza, jangan marah =) maaf ye..bila kita guna bahasa yg xberapa manis, org lain akan gelak je baca apa kita tulis.hodoh benar. setuju?

    mesej yg kita penat2 tulis dan research berjela, xberapa smpai kpd pembaca.

    jadi, semua org sudah bersetuju mngenai pandangan ulama’ terhdp doa laknat.itu topik sebenar.dan sekali lagi, mmg lah kalau boleh kita nak doa kecemerlangan saudara dan bla3. tapi pokoknya, doa laknat itu dibolehkan.itu saja motif post ini.betul kata pena.

    gua, anda betul, fairosza mngkin salah tafsir sedikit.dan mmg syumul2 lelaki pro pembangkang. saya tak nampak apa2 masalah?

    syafiq juga, minta maaf ya. saya guna word ‘BODOH’ itu utk mnunjukkan kesinambungan dgn komen anda yg juga guna word yg sama, ditebalkan juga.mnarik sikit.haha.tp rasanya tak patut.maaf sekali lagi.hee

    mngenai isu royalti minyak, bg saya qemin sudah menyentuh dari sudut mnarik dan cukup tepat.masalah bahagian akar perlu dibaiki, jadi masalah di bahagian daun2 pokok tidak ada.

    mahu ckp dari segi perundangan, pengetahuan kita pun dangkal benar.jadi mcm yg saya kata kat atas, banyakkn baca artikel lain juga.

    adila, syumul secara peribadi juga merasakan kalau hujjah dikaitkn dgn isu dasar, sesetengah pihak akan melenting2 kepanasan mengatakan blog muscom bukan blog politik =)

    even saya tak nampak mengapa politik dan agama perlu dipisahkan

  14. mr syuk Said,

    terima kasih kepada para pembaca & pemberi komen yang sudi memeriahkan blog muscom ini.. =)

    polisi kami (syumul) dalam mengendalikan blog ini di adalah menerima perbezaa pndpt daripada para komentar & pembaca..

    lebih2 lagi golongan sasaran blog ini adalah anak2 muda
    yang idealistik dan terdedah kepada pelbagai maklumat..

    dunia terbuka hari ini menyaksikan maklumat bebas diperoleh sehingga kita sendiri keliru antara yang mana satu yang betul dan yang mana yg fitnah

    sejarah ditulis oleh pihak yang menang (history was written by victory), bagaimana dengan the other side of history?

    moga kita mampu menilai sesuatu dgn akal logik disertai dgn pemikiran kritis dan tidak bersandar pada ruang emosi yg melampau..

    memang ada sesetengah perkara (pada pandangan peribadi saya), saya saya tidak bersetuju dgn kerajaan. contohnya; pencabulan semangat federelisme.

    Dalam sejarah negara kita, wujud beberapa episod pencabulan prinsip Federalisme, antaranya: campurtangan Kerajaan Pusat bagi menjatuhkan Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan pada 1960an, Pemerintahan Darurat di Kelantan pada 1977 yang membolehkan Kerajaan Pusat menjatuhkan Kerajaan PAS, peminggiran hak Sabah di bawah PBS pada awal 1990an dan isu royalti minyak Terengganu dan Kelantan

    *oh maaf, lari topik sikit*

    kami meraikan perbezaan pendapat & merayakan perdebatan yang kritis.

  15. wallemo Said,

    salam..
    baguslah tu syumul nk bg readers berdebat secara kritis kan..
    tp rasanya syumul patut publish both sides pny argument..
    sbb org baca blog muscom ni nmpk mcm sgla yg ditulis adalah pendirian muscom..
    sori ek klu syumul terasa..

  16. adiLa Said,

    nice one..hehe.

    wallemo: apa maksud both sides? kalau ulama’ kata doa la’nat boleh, so oppo dia, anti ulama’ pulak ke?

    :)

  17. admin Said,

    tula.confused ngn wallemo

  18. test Said,

    nk test je

  19. gua Said,

    saya tak bersetuju sangat pasal doa laknat ni…

    saya tak nampak apa faedahnya mendoakan kecelakaan kepada orang yang seagama disebabkan hanya ROYALTI MINYAK???

    saya tak nampak kelantan dizalimi… memang petroleum itu jauhnya 3batu nautika dr kelantan… dan baru2 ini, khabarnya ada usaha mahu menggali petroleum kurang 3 batu nautika dari kelantan. itu berita baik buat rakyat kelantan!!! anda akan mendapat royalti yang diharapkan… insyaAllah dan Wallahu’alam!

    saya rasa terhina bila ulama ini mencaci orang seagamanya, dan turut menghalalkan cacian DAP terhadap Islam dengan alasan mereka bukan Islam… susah untuk kita mengindahkan kesucian Islam di mata mereka yang bukan Islam

    Maaf, PM kita orang Islam. tak patut mendoakan kecelakaan kepadanya…

    ada yang saya dengar media memutarbelitkan teks doa Tok guru. Wallahu’alam. Harap yang benar akan terus memandu jiwa rakyat.

    Salam!

  20. gua Said,

    ya… saya memang pro kerajaan… tak ada masalah bukan?

  21. wallemo Said,

    salam..

    adila : maaf. sy cuba perbaiki. sy cuba pandang dari suatu sudut lain. keluarga pihak yg didoakan. kalau keluarga ni terasa hati dgn penyataan doa laknat terhadap seseorang yg mereka sayangi dan hormati, seorang suami, juga seorang bapa dalam keluarga tersebut, patut ke kita anggap keluarga ni anti ulama’? sy x rasa mcm tu.

    admin : statement anda. confused dgn sy yg memberi pandangan? atau confused dgn pandangan yg sy lontarkan? cuba jelaskan.

  22. qemin Said,

    gua:saya pro-Islam.
    hee~
    =)

    Bagi sayalah, yang berkacamatakan seorang pelajar, yang sangat dangkal lagi cetek pengetahuannya,
    Tak patut diwujudkan kerajaan-pembangkang seperti sekarang.
    seolah-olah membezakan satu puak dengan puak yang lain.
    Tak salah berbeza pendapat, tapi tak perlu sehingga meletakkan garisan antara satu puak dengan puak lain.

    contoh, saya cakap,
    kamu hitam. saya putih.
    Racist kan?
    elok tak?
    Ya/Tidak.

    kalau saya cakap
    saya pro-kerajaan. awak pro-pembangkang.
    ala-ala racist di situ.
    elok tak?
    Ya/Tidak.

    Jawapan untuk 2-2 soklan diatas pada hemat saya perlulah selari, dan sejajar.
    kalau berbeza, seolah-olah kita telah me’decide’ dalam keadaan biased.
    But again, siapa saya nak cakap biased tu tak elok.
    betul tak?

    Segala yang kita cakap hanyalah pandangan dan pendapat.
    tak semestinya betul.
    Kalaupun seorang ulama’ mengatakan sesuatu perkara itu haram,
    ketahuilah, tidak semestinya ianya haram.
    kerana pengetahuan ulama’ itu sangat terbatas.
    Tapi kalau nak dibandingkan pengetahuan ulama’ itu dengan pengetahuan kita, yang sangatlah cemetot, maka kita yang jahil kenalah ikut kata mereka yang yang lebih bijak.
    Tapi sedarlah, Allah Maha bijaksana. Dia yang lebih mengetahui.
    Jadi, siapa kita untuk cakap benda itu salah atau betul?
    kita hanya layak bercakap ‘berdasarkan’ pengetahuan kita sahaja.
    Yang memberi kata akhir sama ada betul atau tidak hanyalah Dia.

    Contoh,
    kalau seorang budak yang dibesarkan dalam suasana ganas, ala-ala puak Mongol.
    Tengok Hulagu Khan misalannya
    ditunjukkan betapa membunuh orang lain perkara yang perlu. Ditunjukkan betapa pentingnya kekuatan askar, penjajahan, etc2.
    Dibesarkan dengan fahaman bahawa membunuh rakyat sesuatu negara yang baru dijajah adalah ‘keseronokan’.
    merogol wanita rakyat tersebut adalah ‘bonus’.
    Apa terjadi kepada ’sistem pengadilan’ dirinya?
    bagaimana dia akan mengadili seseorang yang membunuh?
    tentulah dia akan cakap perkara itu tidak salah.
    tapi pandangan orang lain?
    mungkin berbeza.
    pengetahuan, pengalaman, dan suasana akan mempengaruhi ’sistem pengadilan’ kita.
    maka hanya Allah sahajalah yang paling Adil.

    Yang pentingnya disini, andaipun ada perselisihan pendapat,pastikanlah perbezaan itu tidak menyalahi aqidah. tidak sehingga membatalkan syahadah.
    Saya yakin, InsyaAllah, Allahu’alam, yang perbezaan pendapat antara kita buat masa ini tidak sehingga membatalkan syahadah.
    kan?

    =)
    Maaf, sangat addicted dengan menulis.
    kalau dah mula, gatal2 je tangan nak teruskan.

  23. gua Said,

    to qemin :
    okeh… saya seorang pelajar. tak lama lagi, umur saya akan mencapai 21 dan dibenarkan mengundi.

    tak salah bukan saya mahu memilih parti mana yang akan memerintah malaysia mulai dari sekarang.

    saya tak rasa umur seperti kita sekarang dangkal dan cetek dengan isu semasa dan isu politik kerana sekarang kita sudah melalui proses kematangan yang telah dianugerahkan oleh Allah.

    mungkin anda cakap itu racist kalau mempunyai perbezaan sudut pandangan politik. maaf, saya tak berfikir sebegitu. hanya berlainan warna kulit politik tidak bermakna kami bersifat perkauman..

    ya, ilmu saya tidaklah sejangkau mereka yang arif mengenai hal2 agama. tapi saya hanya berserah kepada Allah untuk menunjukkan siapa benar dan siapa salah. Wallahu’alam!

    ***Segala apa yang saya tulis, andai menyakiti mana-mana pihak harap dimaaf. Saya hanyalah insan biasa yang menulis berdasarkan pengamatannya terhadap isu politik di Malaysia. ***

  24. adiLa Said,

    >semua: saya sayang pm saya :)

  25. qemin Said,

    adila:
    pm ape?
    private mentor?
    ha… kantoi!
    =)
    *gurau*

  26. mohamad fairosza Said,

    waa dah 25 komen..
    busy jge baby kakak sy sampai xsempat cek balik komen-komen..

    dlm banyak-banyak komen ni, sy paling setuju komen no7..peace kak adila(nape adila ek?)

    ye yea hot2..

    (harap2 xde org marah/emo/sensitip sy tulis camni.haha)

    *susahnye nk submit komen ni.banyak kalo try.dh kene blacklist ke nama fairosza..wkk =)

  27. adiLa Said,

    >qemin: private mentor pun boleh..hoho. (ado ko?)

    >fairosza: yeah..saya paling setuju dgn komen no.26.
    eh, takla hot sangat.warm gitu2 lah.
    sabar ye semua. ampun maaf =)
    adila? aih..namo den la..

  28. mohd fairosza Said,

    pelik bile tulis kak adila,sbb tu tanya.dulu panggil lain.bile tulis kak adila rase cam org len plak..haha

  29. gua Said,

    Mengkritik tidak bererti menentang,
    Memuji tidak semestinya menyokong,
    Menegur tidak bermakna membena dan
    Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

    -SH Alattas-

    :))

  30. saye Said,

    pergi kedai jumpe superman,
    pnjgnye comment..

    hehe

  31. asyraf Said,

    salam

    kelihatan comment utk post kali ini amat panjang dan semakin hangat dan menarik perhatian ana. ana mempunyai 1 cadangan. apa kata kita berhenti berbalah tentang politik. mungkin ia 1 perkara yang bagus. tetapi, tidakkah kita fikir bahawa, ada mereka yg di luar sana bertepuk tangan dan bersorak girang melihat kita sesama Islam bergaduh oleh kerana fahaman politik yang berbeza????

    apa salahnya kalau kita sama2 berganding bahu, membetulkan apa yg salah dan bukannya mencaci dan menghina tanpa sebarang sebab. sudah-sudahlah berbalah, dan fikirkanlah nasib kita umat Islam generasi akan datang. mampukah kita bersaing jika kita sendiri masih bergaduh sesama sendiri. marilah sama-sama menuntut ilmu, kuatkan ekonomi Islam dan tegakkan syiar Islam serta bantu-membantu antara 1 sama lain. tidak perlulah bergaduh kerana itu bukanlah cara yang terbaik.
    carilah penyelesaian yang terbaik, dan jangan biarkan mereka yang di luar sana bersorak girang melihat kita berbalah dek hanya kerana perbezaan fahaman POLITIK

    sudahlah..fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah

    insyaAllah

  32. Sheikh Said,

    salam

    Alhamdulillah, sangat gembira dengan komen2 yang telah diberi. Situasi yang amat baik kerana pemberi komen telah berhujah secara matang,kritis, tanpa bahasa kesat dan mewakili pendapat daripada jalur2 pemikiran yang berbeza.

    Ya, sememangnya ada yang akan mengatakan kita sudah lari daripada topik. Tetapi saya tidak melihat ini sebagai masalah kerana nampaknya doa laknat ini ada dalil dari perspektif Islam.Tetapi kewajarannya penggunaannya?
    Hah,itulah yang telah diulas dengan baik oleh komen2 di atas. Samalah dengan kes penggunaan nama Allah. Boleh memang boleh,tapi wajarkah dalam situasi sekarang? Pada saya itulah yang lebih menarik untuk dikupas.

    Apa apapun secara peribadi saya menyokong pemberian hak royalti pada Kelantan dan saya berharap agar kalaulah itu terlaksana semoga Pas TIADA LAGI ALASAN untuk membangunkan Kelantan secara TOTAL baik dari segi materi mahupun rohani agar Kelantan menjadi negeri contoh kemakmuran apabila Islam memerintah.

    Secara jujurnya, saya kepingin melihat Kota Bharu Bandaraya Islam berubah wajah seperti Kota Singapura yang pada hemat saya lebih layak gelaran Bandaraya Islam diberi pada Singapura kerana ada ISLAM di sana walupun kurang muslimnya.

    Terima Kasih.

    PS:Fairosza,cuba bayangkan ada orang jumpa minyak kat pantai Mersing Johor dan selepas itu, Najib kata kita rakyat johor ni, tiada hak pun. Apa perasaan kita?Saya juga suka dengan komen nombor 31.

Add A Comment

Theme Provided By: Wordpress Theme - Auto Loan Quotes