03
Muscomers Last speech
Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.
“Baik putih atau merah, bunga mawar tetap menjadi pilihan, menjadi hiasan di tengah laman. Namun, kadang jari terluka hanya kerana memetik sekuntum, dek duri yang berbisa menggigit jari. Begitu juga madu, sanggup berdepan dengan lebah seribu. Mengapa manusia ingin benar akan mawar dan madu? Ya, kerana keduanya kadang berharga buat kita.
Tahniah terpilih menjadi AJK rasmi Musolla Community. Mahu membawa keindahan Islam ke kolej ini pasti ada cabaran sebagai ganti. Bukan kejayaan yang dilihat Tuhan, tetapi usaha dan keringat menjadi timbangan.
Antum mulim di depan manusia, muslim juga di belakang mereka:
“Muslim yang paling baik ialah yang paling baik akhlaknya”
“Muslim yang paling baik ialah yang paling berguna buat masyarakatnya”
Jangan bimbang akan segala onar mendatang kerana kita hidup di bumi Tuhan.
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang berbuat baik.” [Al-Ankabut, 29:69]
Selalukan berbicara dengan Tuhan dalam sujud dan doamu;
“Ya Allah, aku mohon perlindungan pada-Mu, jadikanlah Mochi, Blonde, [tulis la nama kawan2 kita]…, menjadi sahabatku di dalam syurga.”
Kopi + Gula = Kopi ‘O’ sedap
Pahit + Manis = Kehidupan
p/s: kami sentiasa di belakang anda.” - Amir, President

“Minta maaf jika ada salah silap terkasar bahasa. Jikalau ada hutang diminta halalkan. Jikalau belum bayar hutang sila bayar segera” – Ansari, Treasurer
“Minta maaf banyak2. Sebagai penggerak dakwah Islamiah di kolej, diharap ikhwah sekalian, menjaga thiqah masing2” – Azali, VP
“Moga MUSCOM terus maju!” – Syakir, Syuib
“MUSCOM boleh. Jom sayng Musolla. Jom solat jemaah di musolla.” – Fairosza, Syucon
“Terima kasih semua.” – Syawal, Syutask
“Lihat apa yang dikata, jangan lihat siapa yang berkata…” – Assif, Syurel
“Minta maaf atas segala silap & salah selama setahun bersama MUSCOM. Teruskanlah berdakwah walau di mana anda berada.” – Iqbal, Secretary
“Berbanggalah dengan motto peribadi ‘I am a Muslim’ sebab inilah yang membezakan antara hamba dengan manusia biasa.. =)” – Stab, Syurah
“MUSCOM Best =). Terima kasih kepada rakan2 Syutask, Syawal, Aqiedah dan Syifa. Moga segala penat lelah kita dirahmati Allah harapnya. Moga2 Syutask 10/11 lebih gemilang. Insya Allah.” – Burhan, Syutask
“Kalau bercinta, ingat. Kalau selalu ingat, sebut. Selalulah berdoa dan berzikir kepada Allah baik siang mahupun di tengah malam.” – Amir, Pres
“Pengalaman setahun bersama Syumul dan MUSCOM merupakan satu jangka masa yang panjang. Tetapi ia berlalu begitu pantas. Terima kasih atas ukhwah dan tarbiah jiwa daripada kalian. MUSCOM tetap dalam kenangan =)” – Syukri, Syumul
“Jadikan MUSCOM sebagai landasan tarbiyah diri sendiri” – Haq, Syumul
“Mantan MUSCOM sentiasa menyokong kepimpinan baru Muscom”
.
Memetik pesanan alumni MUSCOM yang aku hormati,
” Tugas seorang dai’e amat mulia di sisi Allah, tapi ingatlah ia akan disertai dengan pelbagai cabaran, masalah atau mehnah dan tinbulasi. Jika kita sabar dan redha serta terus berusaha tanpa putus asa, maka ganjaran dari Allah sedia menanti.”
Dan ingatlah firman Allah swt,
“Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan menetapkan pendirianmu,” [Surah Muhammad: 7]
To MUSCOM COMMITTEE 10/11;-
Tugas seorang Dai’e sebenarnya terletak di bahu setiap yang mengucapkan kalimah Lailahaillallahmuhammadarrasulullah. Muscom ini hanya sebagai satu platformbagi memudahkan jalan dakwah kita. Ia bukan bebanan, sebaliknya adalah kurniaan dari Allah dalam memudahkan kita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Bersangka baiklah kepada Allah sesungguhnya hanya Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik pada kita. (^,^)
Akhir kalam; perjuanganku bukan setakat di sini, bukan hanya semasa menjadi MUSCOM tapi selama;-
ISLAM: AD-DEENUL HAQ
*FULL TIME MUSLIM
There is no such thing as a part time Muslim
P/S: Pandangan Allah lebih utama berbanding pandangan manusia. Ikhlaskan hati!!! (^^) - Hamidah, Deputy
“Salam to all. Segunung ilmu dan pengalaman saya dapat sepanjang menjadi VP Muscom 09/10.. suka, duka, pahit, manis, semuanya jadi satu. May our ukwah fillah stays forever. May we become blessed mujahid and mujahidah. Together we strive in bringing back ummah to glory” – Izzati, VP
“Alhamdulillah, MUSCOM dating membawa rahmat dan barakah, Insya Allah. Kini, pergi juga penuh rahmat. MUSCOM merupakan satu medan dakwah yang sangat hebat. Banyak yang saya pelajari untuk memperbaiki diri. Untuk s/u, kurang2kanlah berdakwah dengan WORD di laptop, sebaliknya, kehadapanlah menjadi daie, murabbi dan murrabiah dalam meningikan kembali Islam. Wallahualam” – Azna, Secretary
“Di mana sahaja ‘dia’ berada, pasti Islam akan agung semula. Bila sahaja ‘dia’ memimpin alam maya, tersenyumlah malaikat dengan bangga. Untuk apa sahaja tujuan ‘dia’ melangkahkan kakinya, disekelilingnya. Semoga dikaulah ‘dia’ yang menjadi kebanggaan agama….. Insya Allah…” – Amirah, Treasurer
“Salam. Tahniah dan takziah kepada pcuk pimpinan MUSCOM 10/11. Diharapkan agar setiap daripada anda mempunyai rasa tanggungjawab terhadap amanah yang telah diberikan. Sesungguhnya setiap manusia perlu menjalankan tugas sebagai seorang khalifah di atas muka bumi ini. Oleh itu, buat senior yang telah digulingkan, berdakwah di jalan Allah, tak kira di mana kita berada, MUSCOM 09/10 dan surau adalah kenangan dan pengajaran yang amat bermakna buat saya” – Hasanah, Syuib
“Salam, Alhamdulillah perjuangan diteruskan oleh generasi masa ini. Tugas dalam mengendalikan usrah amat sukar sekali, tetapi tugas wajib dijalankan dengan sempurna. Oleh itu kepada Syurah 10/11 selamat menjalankan tugas anda dengan sempurna. Semoga mendapat keberkatan-Nya. Insya Allah… Amin.” - Bilqis, Syurah
“Assalamualaikum. Tahniah dan takziah buat MUSCOM lantkan 10/11. Sesungguhnya tugas dakwah itu memang telah ditaklifkan kepada setiap muslim. Tetapi dalam ramai2 itu antum semualah yang telah dipilih oleh Allah swt untuk menerajui usaha ini di KYUEM. Semoga Allah permudahkan tugas antum dan semoga terus tabah dalam menjalankan tugas sebagai khalifah Allah. Insya Allah. Amin.” – Herda, Syurah
“Assalamualaikum. Dalam tempoh setahun saa memegang jawatan ini, banyak perkara yang saya pelajari. Tetapi, ini bukanlah pengakhiran untuk saya menjalankan tugas untuk mmbantu kerja dakwah kepada orang ramai.” – Mahfuzah, Syurel
“Semua MUSCOM 10/11, di atas dunia ini ada dua golonngan iaitu golongan baik dan golongan kurang baik yang hanya dipisahkan dengan satu garisan halus dan bila2 masa sahaja kita boleh melangkaui garisan tersebut. Kita tak tahu kita dalam golongan yang mana. Semoga kita sentiasa dilindungi Allah swt. Good Luck in whatever you’re going to do! Mimpi adalah kunci untuk kita menakluk dunia. Insya Allah. (^^)” – Aqiedah, Syutask
“Assalamualaikum. Tahniah dan takziah saya ucapkan kepada semua ajk MUSCOM yang baru.. Jadilah diri sendiri dan bukan kerana MUSCOM. Tetapi ingatlah bahawa at the same timekita perlu menjaga reputasi MUSCOM. Pandai2lah menyesuaikan diri. ” – Sarah, Syucon
“Tahniah kepada pucuk pimpinan MUSCOM yang baru. Ikhlaskan hati dan niat, Insya Allah dia akan sentiasa membantu kita dalam apa juga kita lakukan.” – Shifa, Syutask
“Knowledge is a tree and action is its fruit. And one can never be considered knowledgeable so long as he doesn’t act upon what he has knowledge of.
‘Allahumma, Ya Muqallibal Qulub, Thabbit qulubuna ala deenik’- O Allah, O turner of hearts! Keep our hearts steadfast on Thy religion- Ameen.
Good Luck and all the best!” – Umu, Syumul
[ ini adalah entry drpd SYUMUL 09/10. selepas ini syumul yg baru pula akan mengambil tempat. terima kasih atas sokongan anda smua yg sudi mengikuti kami setahun lepas. maaf atas segala kekurangan. ]






nota terakhir saya yang tak sempat nak habiskan… hehe
terima kasih kepada kawan seperjuangan
Hari ini menugal jagung
Hari esok menugal serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bersurai…
bukan sedih kerana letak jawatan..tp sedih kerana rindukan kenangan bekerja di dalam muscom bersama kawan2 tersayang…
ukhuwah itu sangatlah indah…
entah kenapa..saya juga sedih
adik-adik jangan lupa, mantan Muscom ni pun mad’u antum semua juga tau.
kalau nampak kak hamidah & kak muffin ni malas-malas join aktiviti musolla, atau dah tak banyak share lagi dalam usrah, boleh je sekeh diorang.hehe
=)
kat UK ni, ana akan sekeh kepala kak adila. best sekeh2 orang ni. =P
ni ym kak akma klo2 berkenan..tapi jarang nak on9 lately.. tapi nanti summer ke bolehlah layan ym, insyaALLAH on9 selalu..hehe
ym:juzt_akma@yahoo.com
JZKK
kak adila nov….terima kasih yer atas cadangan tersebut…=)
Ia sangat berguna…
mantap la korang…
p/s:amirah , hrp kamu menjadi ‘dia’ juga..
waaa… teringat MUSCOM 08/09…
Kata-kata assif mengingatkan kak q kepada SyahirJ, pesanan dia waktu kebingungan dgn kehidupan.. terima kasih SyahirJ atas banyak tunjuk ajar.
“Lihat apa yang dikata, jangan lihat siapa yang berkata…”
Ummu, I love the wordings~
Knowledge is a tree and action is its fruit. And one can never be considered knowledgeable so long as he doesn’t act upon what he has knowledge of.
Azna dah menjadi photostat of Kak mimi laa .. mmg tie kamuh sbg secretary mantap, tp yg pasti ikatan itu disimpulkan dgn dasar ISLAM…
waa…. windu semua!!
Add A Comment