
Poster yg dibuat oleh penduduk Kg. Pantai Dalam(Surau Al-Ikhlas)
Semalam, suatu aktiviti iaitu Charity Programme 2008 tlh berlangsung. Ketibaan para peserta Kyuem di sana, Pantai Dalam,KL disambut dgn meriah sekali. Mane x nye, bilangan pelajar sekitar Wilayah Persekutuan yg menyertai program ini adalah lbh krg 340 org manakala seekor lembu telah dijadikan korban utk kenduri mkn tengah hari nanti. Bayangkanlah keriuhan pelajar2 ini yg majoritinya masih belajar di Darjah 1,2 dan 3.
Program bermula dgn Sesi Motivasi. Sesi ini dimulakn dgn slot talk oleh saudara Aidid, saudari Fatimah dan Ami. Mereka bertiga bercakap mengenai kepentingan belajar, ibadah dan byk lagi yg berkisar mengenai pelajaran. Seterusnya adalah slot group activities. Pelajar2 ini diagihkan dlm beberapa kumpulan yg diketuai 2 org fasilitator (peserta dr Kyuem) bg setiap kumpulan. Antara aktiviti yg dijalankan dlm group adalah ice-breaking, perkongsian pengalaman, games dan cita2 utk masa depan. Alhamdulillah, ia dikendalikan dgn baik oleh fasilitator2 dr Kyuem.

Seterusnya adalah slot Demimu yg ku Cinta. Saudara lutfi dan saudara Izuan menjadi pengendali bg slot ini. Slot ini berkisar mengenai kita sbg ank perlu menghargai dan membalas jasa ibubapa kita. Sepanjang slot ini, ramai plj2 ini menangis krn menghayati isi2 yg disampaikan oleh pengendali. Wajah2 keinsafan muncul dalam riak muka pljr2 ini. Setelah dipujuk oleh fasi2, maka tangisan mrk pon reda.

Sedang menghayati dan menangis….
Seterusnya adalah Slot menyanyikan lgu Fikirkan Boleh. Pljr2 termasuk fasi2 menyanyikan lgu ini dgn bgtu bersemangat sekali. Terasa selurh kawasan Pantai Dalam bergema dgn lagu yg dinyanyikan itu. Setelah itu adalah upacara penutupan dan disusuli dgn kenduri mkn tengahari.
Pada jam 2.45 ptg, kami pon bergerak ke rumah seorang makcik yg dijadikan sbg subjek utk memberikan sumbangan yg tlh dikutip. Alhamdulillah, jumlah kutipan hampir mencecah RM3000. Syukur. Lbh kurang jam 4.00 ptg, kami pon beransur pulang dgn persaan yg puas walaupun keletihan. Semoga aktiviti seperti ini dpt dilakukan lg pada masa yg akan dtg. Wassalam.


